Mar 2, 2011

aku memang gila TRAFIK...!!so WHAT..??

AKU MEMANG GILA TRAFIK...!!SO WHAT??
ngee...aku masih waras kok...ini cuma entri mengenai segmen baru bro ben...
disebabkan tajuk tu macam extreme sangat...
tu yang buat hati aku gatai nak join...
tuk segmen ni aku kena cerita yang menginsafkan tentang kematian...

Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya. (Hadis riwayat al-Tirmizi)

aku nak satu cerita...
oohh belum cerita da sedih...
'tabahkan hati ku ya Allah'
Oktober 2007
ketika puasa..
aku menyambut kepulangan abang sulung aku di Kota Kinabalu International Airport...
mum n dad tunggu dekat kereta..
saat terpandang wajahnya,sayu dan sedih menyelubungi diri..
abang ku sangat kurus...
aku boleh melihat dari betapa cengkungnya pipi...
senyuman diberikan kepadaku...
aku sambut begnya dan ku cium tangannya...
dalam kereta..
dia tunjukkan sekeping gambar...
aku berikan kepada mum...
itu adalah bakal menantu mummy,katanya...
'insyaAllah,hujung tahun ini mahu bawa mummy pegi meminang...'
aku tersenyum bangga...
sampai di rumah,abang meminta aku selimut...
dia tidur di ruang tamu...
memang itu laa tabiat dia dari dulu...
malamnya,abang diserang sakit asma..
dad tnya,sejak bila dapat penyakit ni sebab setahu dad abang memang clear dari asma..
kami pergi ke klinik yang berdekatan...
keesokan subuhnya,aku dan dad berangkat ke tenom yang mana perjalanan dari KK ke tenom mengambil masa 2½ jam untuk mengambil adik perempuan ku yang ketika itu masih bersekolah di sana..
dalam perjalanan balik semula ke KK,dad dpt panggilan...
dari mum...
mum cuma tanya kami dah sampai mana dan cepatlaa sampai...
dad tutup handphone...
berbunyi sekali lagi...
dari mum sekali lagi...
tapi kali ni aku yang sambut..
tapi mum hendak bercakap dengan dad juga...
aku beri handphone kepada dad...
aku dengar dad mengucap...
'Astagfirullahalazim'
'Innalillahiwainnailahirojiun'
ketika itu,aku belum mengetahui puncanya....
sepanjang jalan dad asyik membaca pelbagai ayat-ayat suci al-Quran..
aku masih buntu....
sampai di KK,dad terus menuju ke Hospital Likas...
hati aku da mulai tak sedap...
mum yang aku lihat duduk di tepi pintu tunduk menompang dahi...
dad meluru ke arah mum...
saat aku lihat mum menangis di sisi dad..
aku bertanya dan ini ayat dad...
"abang kmu da teda...da meninggal dunia...
Innalillahiwainnailahirojiun...."
aku sedar saat itu aku telah kehilangan abang buat selamanya..
dad meminta aku khabarkan kepada semua ahli keluarga....
dad perlu di sisi mum tuk tenangkan mum...
dan aku...
aku kuatkan hati...
aku tabahkan hati...
ketika itu tahukah kamu belum pun setitis airmata aku keluarkan...
aku khabarkan abang kedua aku...
aku khabarkan abang ketiga aku...
aku khabarkan nenek aku...
aku khabarkan semua saudara-mara ku....
aku khabarkan bakal kakak ipar aku yang tak kesampaian tu....
ya,aku airmata ku telah mengalir...
saat abang kedua aku datang tuk melihat jenazah arwah,
aku juga ikut...
saat abang kedua aku mencium kaki arwah...
dan bertanya kan soalan 'kenapa?'
aku tahu saat itu aku tidak sekuat mana sudah...

'dari Dia kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali'

'semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman'

'tidak salah mengingati orang yang telah meninggal dunia jika kita ingat mereka di dalam setiap doa kita'


3 comments:

  1. ALFATIHAH....moga arwah abang kamu di tempatkan di kalangan para soLihin.....

    kita jalan-jalan sini hasiL pekenalan dr seGmen abG.Ben....

    ReplyDelete
  2. semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

    Good story utk kita sebagai hamba-Nya...

    Thanks, saya dah follow awak...

    ReplyDelete